THE STORY
Friday, August 12, 2005
Jantung ku berdebar. Kadang-kala bagai nak terputus urat sarafku. Jam dinding menunjuk dalam lagi beberapa minit adalah masa penentuan. Langkahku ke dewan di iringin dengan rasa cemas dan amat takut.Setiap minit yang ku tunggu bagaikan penderitaan. Batin ku bagaikan tersiksa!
Masanya pun tiba kita menghala ke tempat dimana guruku duduk. Dia membaca nama dan markah kita satu persatu. Adilah adalah yang pertama aku dengar. Aku tahu dia ada mengatakan cukup sekadar lulus namu nun jauh di hatinya aku tahu dia ingin lebih daripada itu. Dia lulus seperti abangnya namun...Tiba pula giliran Faezah setelah markahnya dibaca kesedihan jelas terpancar di mukanya. Kedengaran nama Imran dan Juffri, markah mereka begitu menyedihkan kerana, semasa mereka memasuki sekolah mereka ternyata adalah dari kalangan murid-murid melayu yang mendapatkan markah PSLE yang begitu hebat. Syaidah dan Syarfah, aku rasa mereka agak gembira dengan keputusan mereka namun jika aku Syaidah aku akan berasa kurang enak kerana Syarfah mendapat A2 dan Syaidah B3 walaupun ianya digelar "quality pass".Giliranku! "Aini.........". Setelah aku mendengar keputusan ku yang amat menjijikan aku terus menangis, menangis sepenuh hatiku. Adilah dengan segera memelukku dan rakan-rakan yang lain semua mendekatiku. Kesemuanya terperanjat dengan keputusanku. Hatiku bagaikan diguris-guris. Sakitnya tidak sedikit pun berbandingkan dengan sakitnya hatiku semasa Imran meninggalkan ku. Kali ini sakitnya begitu mendalam...Hhmm sedalam mana yang mungkin, aku tidak pasti. Namun yang jelas aku tahu kepergian Imran tidak sakit rasanya berbandingkan dengan kesakitan kali ini !
"Baik ah A1!" aku terdengar. Hatiku semakin sakit, sedangkan murid yang ego, sombong dan bongkak seperti Shamira berjaya mendapatkan A1! Semakin ramai mendekatiku semakin kuat keinginanku untuk terus menangis. Air mata ku tidak terhenti-henti. Tidak terdaya pulah untuk aku menghentikannya. Aku cuba untuk mengawal diriku dari terus menangis seperti anak-anak kecil. Adilah memberikan ku tisu tetapi Neelofar mendekatiku "Aini are you okay?" Dia mendakapku. Aku pun terus menangis aku memeluknya dengan erat kebencian dan perasaan meluat ku terhadapnya hilang dengan sekelip mata. Aku pun terus menangis seperti ibu yang kehilangan bayi.
Kemudian setelah aku mendapat mengawal diriku aku pergi berjumpa dengan Cikgu Salma dan dalam perjalanan aku terserempak dengan Puan Koh, Pengetua Sekolah di adalah salah satu dewasa yang cuba memujuk, hanya dia seorang yang menasihatkan ku untuk mengambil sekali lagi kertas bahasa Melayu.
Setibanya aku di hadapan Cikgu Salma aku berasa begitu serba salah. Aku tahu semua tidak menyangka murid terhandal dalam bahasa Melayu mendapat markah yang begitu menjijikan. Terpancar wajah kekecewan di muka CikguSalma. Aku berasa begitu bersalah kerena telah mengecewakannya dan Cikgu Noredah. Dia menasihatiku untuk tidak mengambil lagi kertas Bahasa Melayu namun Neelofar ditegurnya kerana peelnya. Neelofar juga mendapatkan markah yang luar dari jangkaan. Aku dan Neelofar hanya dapat mematikan diri dan setuju dengan apa yang dikatakanya walaupun kita masing-masing tahu ada yang dikatakan Cikgu itu tidak benar.
Sepanjang perjalananku aku hanya memandang keluar teksi. Aku berasa begitu marah dengan diriku. Murid selenger-selenger bacin yang tak belajar boleh mendapatkan A1.. kata hati kecilku..AARggh!!
Sepanjang jalan kata-kata yang terkeluar dari mulut Cik Loo bermain-main di gendang telingaku. Kata-kata itu yang telah membangkitkan kemarahan keatas diriku sendiri. Kata-katanya pendek hanya dua perkataan namun cukup menyedihkan diriku..Ia berbunyi bergini.."Aini..A2"
Ainnie J re-living Friday, August 12, 2005